Powered by Bravenet Bravenet Blog

saya dan family..keluarga bahagia

journal photo

Tag Board

hazlin: akum apa kbar.kepada en noor semoga terus maju
Sophia: Jadikan tahun 2008 sebagai tahun terbaik untuk melakar kejayaan cemerlang. Terus lakukan SDA. Moga kejayaan milik kita bersama. Amin.
Normala: Encik Noor, teruskan usaha dan kita lakukan sama-sama!
Normala: Salam Aidil Fitri untuk saudara sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Sophia: Salam Aidilfitri buat En. Noor seisi keluarga. Maaf dipinta andai ada tersalah laku, tersilap kata, terkasar bahasa. Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Sophia, Akyairee dan Faris Akhyar
Sophia: Selamat menjalani ibadah puasa buat En. Noor seisi keluarga. Moga Allah mengurniakan kita semua rahmat, pengampunan dan kebebasan dari api neraka pada bulan yang mulia ini. Amin.
Sophia: Tahniah atas usaha yang berterusan dan penuh komitmen. Keep it up and you will succeed!
Normala: Encik Nor, teruskan usaha, insyaAllah kejayaan milik kita!
Sophia: Tahniah En. Noor! Saya yakin dengan KOMITMEN yang ditunjukkan, En. Noor akan bergelar JUTAWAN MLM juga nanti!
ain norain: congratulation freinds,Teruskan segala usaha anda.Insyaalllah segalanya akan berjalan dengan lancar. Segalanya bermula dari nawaitu kita. Semoga suksess dan dilimpahi rezeki yang diberkati dan menjadi USAHAWAN SEJATI. AMIN.
Sophia: En. Noor, berkat kegigihan dan usaha yang berterusan, kejayaan pasti dalam genggaman! JUST DO IT!
Normala: Sdr Mohammad Nor, teruskan promosi & ikuti sistem SST dgn betul. Duplikasi kpd rangkain. Kejayaan demi kejayaan akan muncul. Your Mentor, Pn Sophia dll leader SST sedia berkongsi pengalaman. InsyaAllah, kejayaan milik yg berusaha!
SPD Zul: En Mohammad Nor website anda telah siap www.mohammad.usahawansejati.com moga anda menjadi seorang usahawan sejati. Just follow the sistem. Good Luck
Sophia: Tahniah En. Noor kerana telah berjaya melahirkan blog sendiri! InsyaAllah ini merupakan titik permulaan dalam mencapai impian menjadi USAHAWAN SEJATI!

Please type in the four characters shown in the black box.

Monday, October 8th 2007

10:06:00

  • Mood: FEEL GOOD

Assalamualaikum buat semua...semoga sihat selalu dan sentiasa diberkati...

Begitu pantas masa berlalu..samada sedar atau tidak kita sekarang berada di ambang syawal.Tdak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.Ini bermakna berakhirlah Ramdhan Al-Mubarak.Untuk kesempatan yang ada ini marilah bersama-sama merebut peluang meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini lagi penuh barakah.Mudah-mudahan mendapat keberkatan dan keampunanNya.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan seperjuangan Maaf Zahir dan Batin.Tetapi jangan kita lupa pada perjuangan di dalam biz ni.Marilah sama-sama kita tingkat usaha untuk mencapai kejayaan di dalam biz ini...Raya raya juga biz tetap biz ...hehehehe.. 

Dalam suasana berhari raya nanti jangan diabaikan keselamatkan...berhati-hati semasa pulang ke kampung masing-masing.Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

 

MAAF ZAHIR BATIN

1 comment(s) / post new comment

Wednesday, September 12th 2007

08:41:00

RAMADHAN YG MULIA MENJELMA LAGI

  • Mood: PENUH SEMANGAT

Kedatangan bulan Ramadan menandakan telah berakhirnya bulan Syaaban. Ramadan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam di dunia ini.

Bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang mempunyai pelbagai kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Bulan yang juga dikenali sebagai bulan untuk kita berpesta ibadah.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghayati kedatangan bulan ini . Apakah kelebihan bulan ini sehingga dinanti-nanti oleh sesetengah umat Islam, khususnya mereka yang ingin meningkatkan ketakwaan kepada Allah s.w.t.

Allah berfirman yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” – (Surah Al-Baqarah, ayat 183)




Ada beberapa peringkat orang berpuasa yang seharusnya kita beri perhatian supaya termasuk dalam golongan tingkatan puasa yang terbaik. Ini sudah diingatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga saja.”

Peringatan ini jelas menunjukkan perlunya kita berpuasa seperti dikehendaki dalam Islam supaya mendapat balasan daripada Allah seterusnya menjadikan kita orang yang bertakwa.

Puasa peringkat pertama, puasa orang awam yang hanya sekadar menahan diri daripada makan, minum dan tidak melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Tetapi anggota pancaindera lain seperti mata, telinga, tangan, kaki, mulut, pemikiran dan yang lebih penting hati tidak dipelihara malah berlipat ganda melakukan perkara negatif yang bukan sahajaboleh mengurangkan pahala puasa malah boleh menghapuskan pahala puasa.
 
Berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
 
Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.
 

Puasa peringkat kedua ialah puasa Ahlul Khusus iaitu mereka  bukan sahaja menahan diri daripada makan, minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Tetapi mereka juga menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan pahala puasa iaitu menahan diri dari maksiat batin seperti mengumpat dan seumpamanya. 
 

Sabda Nabi S.A.W  yang maksudnya:
 
Lima perkara yang membatalkan pahala puas,iaitu mengumpat,bercakap bohong,batu api,sumpah bohong dan melihat dengan keinginan.

Puasa peringkat ketiga dan yang terbaik ialah puasa Ahli Khusus al-Khusus/Ahlul Ma’rifah iaitu mereka meninggalkan semua perkara di atas di samping menjaga hati supaya tidak lalai daripada mengingati Allah. Segala amalan dilakukan semata-mata mendapatkan keredaan Allah. Inilah martabat ibadat puasa nabi dan siddiqin dan sudah semestinya akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah.

Konsep asas Allah mewajibkan kita berpuasa ialah supaya kita dapat menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Menerusi amalan puasa, beberapa panduan serta larangan ketika melaksanakan ibadat puasa, akan timbul rasa syukur kepada Allah, sifat kasih sayang sesama insan, perasaan yang mendorong kita membantu sesama umat Islam lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan perhatian serta keprihatinan kita.



Puasa sempurna akan dapat melahirkan insan muttaqin. Insan muttaqin ialah modal insan yang amat bernilai dan mampu berkhidmat untuk agama Allah dengan penuh penghayatan dan mereka adalah nukleus bagi pembangunan mapan sesebuah ummah.



Inilah golongan yang berjaya dilahirkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW iaitu para sahabat. Jika dilihat senario hari ini, sifat serta kriteria sahabat dulu sudah semakin terhakis kerana kehidupan hari ini berhadapan pelbagai cabaran. Ada yang gugur dengan percubaan dan ada pula berusaha gigih menghadapinya.

Ketibaan Ramadan al-Mubarak kali ini adalah kesempatan terbaik untuk sama-sama berusaha menggilap kembali semangat serta kesungguhan yang sudah tertanam kukuh dan jitu dalam jiwa sanubari golongan sahabat.



Kadang kala sikap menjadi faktor penghalang daripada dapat menjiwai tujuan puasa sebenar. Sikap sebahagian umat Islam pada Ramadan, ada yang bersungguh dalam beramal dan ada yang lalai serta alpa. Masih ada yang berpuasa hanya sebagai adat bukannya ibadat. Faktor iman dan mengharapkan keredaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadat puasa.



Ada yang berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menghalang daripada melakukan perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya. Mengambil ringan urusan bersahur hingga ada yang meninggalkannya sedangkan banyak hadis menyatakan kelebihan sahur. Malah, ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subuh.



Ibadat solat fardu dan sunat hanya dilakukan pada Ramadan saja serta bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawih dan witir tetapi meninggalkan solat fardu yang lain. Bersungguh dalam pelaksanaan ibadat pada Ramadan termasuk membaca al-Quran untuk diri sendiri, tetapi mengabaikan pembabitan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.



Terlalu membandingkan antara imam solat tarawih sehingga sampai pada peringkat mengumpat dan menghina. Bersungguh menghidupkan ibadat hanya pada awal sehingga pertengahan Ramadan sedangkan banyak hadis menyatakan mengenai kelebihan 10 hari terakhir antaranya adanya malam lailatul qadar.

Tilawah al-Quran hanya pada Ramadan saja dan akan berakhir dengan berakhirnya Ramadan. Rajin membaca al-Quran tetapi tidak berusaha untuk memahami dan menghayati isi kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Bersungguh dalam melaksanakan ibadat puasa, namun masih mengabaikan kewajipan lain seperti solat, menunaikan haji, menutup aurat, menghubungkan silaturahim, menuntut ilmu, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran dan lain-lain lagi.

Tidak bersimpati dan mengambil berat terhadap saudara Islam yang mengalami penderitaan, kesusahan, kelaparan serta terus dengan sifat bakhil dan kedekut.

Mensia-siakan fadilat atau kelebihan iktikaf di masjid terutama pada 10 akhir Ramadan. Masa dihabiskan dengan membuat persiapan 1 Syawal. Tidak salah untuk membuat persiapan tetapi kita akan terlepas satu masa dan ketika yang afdal melakukan ibadat.

Tidak mengambil berat mengenai zakat harta sedangkan zakat adalah ibadat yang mesti disertakan dengan solat dan melewatkan pengeluaran zakat fitrah sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan supaya dikeluarkan lebih awal sebelum tiba hari raya untuk diagihkan kepada mereka yang berhak.

Meninggalkan sunat takbir hari raya kerana disibukkan dengan rancangan dan agenda lain atau sibuk melayan kerenah isteri dan anak. Amalan membazir wang ketika menyambut Aidilfitri dengan membakar mercun sedangkan itu adalah kerja tidak berfaedah boleh membawa bencana kepada diri, keluarga dan harta benda di samping membazir itu adalah suku sakat syaitan.

Ramadan ialah satu proses untuk membentuk peribadi mukmin muttaqin. Mukmin muttaqin adalah insan yang paling mulia di sisi Allah. Kemuliaan ini tidak akan diperoleh melainkan usaha dan mujahadah yang tinggi.

Semoga dengan bermula Ramadan kali ini akan memantapkan keimanan kita sehinggalah Ramadan menjelang lagi.

Andainya terdapat salah dan silap saya mohon maaf,sama-samalah kita menghidupkan ramadhan,semoga ramadhan pada tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya insyaAllah.

 

SELAMAT BERPUASA DAN MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT PUASA YANG MABRUR.

 

0 comment(s) / post new comment

Tuesday, September 11th 2007

15:26:25

Selamat menyambut bulan ramadhan yang mulia..

 

Dear  All,  





 

BISMILLA-HIRRAHMA- NIRRAHIIM



 
Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....  
 
===== Mohon Maaf Lahir dan Bathin ======

 

 



MARHABAN YAA RAMADHAN

 

Assalaamu'alaikum wr.wb..

Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah,

  Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.

Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir, Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin....

Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

" Do'a  Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at.


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA

 
SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.

 
Wassalamu'alaikum Wr Wb,

 


 

0 comment(s) / post new comment

Thursday, August 23rd 2007

20:09:17

 

0 comment(s) / post new comment

Thursday, August 23rd 2007

13:05:25

  • Mood: Ceria selalu

assalamualaikum

Jumpa lagi..hari ini saya free sebab klas praktikal takder so apa lagi jalankan aktiviti biz la hehehehe..buat promosi sebanyak mungkin..sambil tu edit apa yag patut dalam blog saya ni.Cuma prob nya internet kat opis ni la pulak too slow.Agaknya kalau race ngan kura-kura,boleh menang la kura-kura hehehehetapi tak per itu semua saya anggap sebagai ujian dan dugaan bagi diri ini.Mana ada kejayaan tanpa ujian dan dugaan yer dak... slow pun slow lah janji promosi jalan.Yang penting istiqomah dalam apa jua kerja yang dilakukan, barulah dapat kecapi hasil nya.Cukup dulu setakat ini,sebab perut dah berkeroncong hehehehe..

Jumpa lagi di episod akan datang

Salam Kejayaan

10 comment(s) / post new comment

Wednesday, August 22nd 2007

16:30:00

  • Mood: i feel good

assalamualaikum

Demi mencapai cita-cita untuk bergelar usahawan sejati saya terpaksa berkerja keras membuat promosi.Mudah2an akan tercapai hendaknya impian saya ini insyaAllah..amin ya rabbal 'alamin.Saya baru saja habis membuat promosi di yahoogroups untuk hari ini.InsyaAllah akan saya teruskan usaha promosi ini di hari-hari mendatang di samping melakukan kerja harian di pejabat.

Sekarang ini klas pratikal telah pun bermula,dengan ini saya juga akan sibuk membuat penyediaan untuk klas praktikal.Walaupun sibuk dengan kerja saya tetap tidak lupa untuk melakukan promosi kepada prospek.Semalam saya baru saja melakukan follow-up dengan prospek, walaupun prospek meminta tempoh untuk berfikir tetapi bagi saya ini adalah respond yang agak baik.Saya akan cuba lagi membuat follow dengan prospek untuk menyakinkannya dengan biz ini.

Di samping itu saya tidak juga lupa untuk berhubung dengan upline saya Pn Sophia untuk belajar lagi cara bagaimana membuat close-up dengan prospek.Dengan ini juga akan menambahkan lagi keyakinan saya untuk berjaya di dalam biz ini.Saya yakin untuk berjaya bukanlah mudah,jika tidak berusaha dengan konsisten dan persisten sudah pasti tidak akan beroleh kejayaan.Dan tidak lupa juga membanyakkan berdoa kepada Allah mudah2an diberikan kelancaran di dalam menjayakan biz ini.

Kejayaan seseorang bergantung kepada semangat yang kuat dan usaha yang gigih di samping melakukannya dengan istiqomah.Seperti kata orang tua-tua di mana ada kemahuan di situ ada jalan dan akhirnya membuahkan hasil yang diimpikan.

Cukuplah dulu coretan saya buat kali ini. Moga ianya menjadi inspirasi buat anda yang masih tercari-cari hala tuju dalam menjadikan impian anda bertukar menjadi kenyataan. Klik di sini jika anda ingin bersama-sama saya mengejar wawasan menjadi Jutawan, Hartawan & Dermawan.

Berjumpa lagi di coretan yang akan datang.

 

 

0 comment(s) / post new comment

Sunday, August 12th 2007

21:22:34

  • Mood: alhamdulillah baik sangat
  • Music:

assalamualaikum

Di sini saya ingin merakam jutaan tahniah kepada pihak syarikat (Smartnaco Sdn Bhd) kerana berjaya mengadakan Konvensyen Naco 2007 yang bertempat di Palace of The Golden Horses semalam.Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis tersebut.Anda harus berbangga di atas komitmen yang telah anda tunjukkan.Secara tidak langsung meggambarkan keyakinan dan kesungguhan anda untuk berjaya di dalam biz ini.

Inilah kali pertama kali saya menghadiri program seumpama ini.Inilah juga pengalaman saya yang pertama memasuki Hotel yang bertaraf entah berapa bintang agaknya 6 ke 7 bintang kot hehehehe .Berbagai perasaan menyelinap di dalam diri saya ini..rasa takut pun ada  rasa gementar pun ada dan seronok pun ada maklumlah pertama kali menjejakkkan kaki tempat yang high class.Saya sampai agak awal lebih kurang hampir pukul satu tengah hari..sementara menunggu kedatangan unpline saya Pn Spohia dan mengambil kesempatan melihat keadaan sekeliling hotel tersebut.Kata orang dah alang-alang datang apa lagi tawaf lah kan hehehe.. lagi pun bukan senang nak datang lagi ke tempat yang high class macam ni ...

 

Bercerita pula tentang program,saya merasakan sungguh bertuah kerana di dalam program ini saya dapat mendengar pengalaman dari SPD dan PD yang rela hati berkongsi dengan para hadirin.Saya  merasakan rahsia kejayaan mereka adalah amat berguna dan mejadi perangsang bagi saya untuk terus berusaha mencapai kejayaan.Saya juga ingin merakam sekalung tahniah buat SPD dan PD yang telah berjaya meraih anugerah dari pihak syarikat.InsyaAllah saya juga mengharapkan suatu hari nanti saya juga akan menjadi seperti mereka dan berharap akan tiba pula masa bagi menaikki pentas untuk menerima angerah.aamiiinnn

Di dalam majilis itu saya juga mengharapkan untuk dapat hadiah cabutan bertuah.Saya juga pernah berseloroh dengan isteri saya bahawa saya akan pulang dengan motor baru hehehe..dan saya katakan bahawa motor tersebut adalah milik saya hikhikhik.Tetapi semuanya adalah ketentuan Allah dan saya pasrah.walaubagaimanapun saya tetap bersyukur kerana walaupun pulang dengan tangan kosong saya tetap memperolehi sesuatu yagn lebih berharga dari itu.

Saya terpaksa mengundurkan diri dulu sebab dah lapar perut..member pula tak sabar nak makan sama hehehehe jumpa lagi

 

 

 

0 comment(s) / post new comment

Tuesday, July 24th 2007

17:42:32

  • Mood: go 4 it..
  • Music:

assalamualaikum

Hari ini adalah hari yang ceria dan bersemangat bg saya,mana tidak nya gaji dah masuk lah katerkan hehehehe dan dgn kesempatan ini saya gunakan untuk udpdate blog sy yg lama dh tk update..di sini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada my best sifu-Pn.Sophia yang tidak jemu-jemu membimbing saya dan meniupkan semangat supaya terus berjuang demi mencapai impian dan menuju ke puncak kejayaan.

Adakalanya saya rasa lemah semangat bila apa yang telah saya lakukan masih belum memberikan hasil yang memberangsangkan tapi walaubagaimanpun saya tetap bersyukur kpd Allah S.W.T atas apa yang telah dikurniakanNya kepada saya Saya juga merasa bertuah kerana mendapat seorang sifu  yang gigih dan selalu memberikan dorongan supaya melipatgandakan usaha untuk berjaya

Walaupun kadang-kadang rasa lemah semangat tu datang di dalam jiwa saya..namun saya lawan kerana saya tidak mahu segala usaha yang telah lakukan jadi sia-sia sahaja.

Baru-baru ini saya telah mencuba mempromosikan produk susu IGG dan PIL POWER secara offline,dengan mengedarkan flyer dari rumah ke rumah.Alhamdulillah saya mendapat repond yang agak memberangsangkan dan ini membuatkan saya makin terjua untuk membuat promosi lagi di masa akan datang secara oofline.

Walaubagaimanpun saya tetap tidak menafikan promosi secara online juga adalah penting.Jadi sekarang ini saya terus kan usaha membuat promosi secara kedua2nya offline dan online..saya ucapkan ribuan terima kasih lagi kepada my best sifu Pn.Sophia.. 

ok lah saya berhenti setakat ini dahulu.nak gi sarapan perut dah berkeroncong nie lapo..hehehehhe JUMPA LAGi

Salam Kejayaan

12 comment(s) / post new comment

Monday, June 25th 2007

23:29:03

  • Mood: tersangatlah bagus..alhamdulillah

assalamualaikum....

apa khabar sumer...lama saya tk update my journal.. sebenarnya saya baru jer balik dari Lumut,Perak...ada sukan staff Unikl pada 19-23 Jun lepas...agak lama gak saya tk buat biz ni ...disebabkan sukan tersebut..maklum lah tk dpt online......

Best jugak dapat gi tgk tempat org ni ek...sambil beriadah...yg palin seronok sy dpt johan dalam acara berkayak...dan Unikl-Miat mendapat johan keseluruhan...di antara lapan campus Unikl...

Hilang rasa penat apabila campus Unikl-Miat mendapat tempat No 1...dan dapat kenal-kenalan dgn staff lain2 campus...nmpk nyer yg lepas balik dr Lumut ni kenalah bekerja keras utk memajukan biz ni...setelah hampir 1 mggu berehat ...hehehehe. tp sy agak frust sbb email sy tk dpt buka..tk dpt lah nk baca msj dr kawan seperjuangan dan respond dr prospek..terpaksa lah sy buat email yg baru...spt yg tertera pd journal sy ni..

akhir sekali kpd kawan2 seprjuangan marilah berusaha bersungguh2 utk mencapai impian masing...

setiap usaha yg berterusan insyaAllah akan membuahkan hasil ..n jgn luper berdoa kpd Allah supaya di bukan pintu rezki selauas2nya di dlam biz ini..aaammmmiiiinnnnn

wassalam

m.noor

14 comment(s) / post new comment

Wednesday, June 13th 2007

00:47:03

  • Mood: ceria

assalamualaikum...

Bertemu kembali...rasanya takder apa sangat yang saya nak coretkan di sini..cumer hari ini saya agak seronok membuat promosi secara online..ianya agak mudah..hanya dengan meluangkan masa beberapa minit depan komputer utk membuat iklan...kiter mesti berusaha dengan bersungguh-sungguh utk berjaya..kerana bukan senang nak senang dan bukan susah utk susah..mana ada jalan mudah utk mencapai kejayaan.

Jika dilihat kepada orang yang telah berjaya..mereka juga telah bersusah payah utk berjaya..dan akhirnya usaha mereka itu telah membuahkan hasil yang mereka idamkan..Apa yang kiter lihat tu sebenarnya adalah kejayaan yang mereka kecapi setelah bertungkuslumus utk berjaya.

Ini kan apa sbg mengingati diri saya sendiri dan rakan2 seperjuangan..supaya meningkat usaha dgn lebih giat lagi utk berjaya...cukuplah setakat ni..berjumpa lagi akan datang..insyaAllah...bersama-samalah kiter berusaha menuju ke puncak kejayaan..

salam kejayaan

m.noor

0 comment(s) / post new comment